Best view in Google chrome only.
Besarnya Pengorbanan ...
Post by Aqila Farah Binti Zulkifli on Sunday, November 11, 2012
Assalammualaikum dan selamat sejahtera . Kila nak share satu artikel yang menyentuh perasaan :') Enjoy it .
Suatu masa dahulu , terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak - kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal itu setiap hari . Dia memanjat pokok tersebut , memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut . Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut .
Masa berlalu dengan pantas .. budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja . Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu , suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku" ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau" jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya" tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu ...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan - dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira" cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat" jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku" cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK ANDA SEKALIAN BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA DAN DEWASA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
|

The little rainbow girl
Sayaaa budakkkk PBS dan SPM candicates 2017
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Aqila Farah Binti Zulkifli. Pada 29.08.2000 \\ingat tau tarikh tuu, nak hadiah lol// saya dilahirkan di Hospital Pantai Baharu. Orang selalu memanggil saya dengan panggil qila/kila, farah atau aah. Saya tak berapa suka jika orang tersalah eja atau sebut nama saya. haha idk why.
Blog ini telah dibuat pada tahun 2009. Saya berminat untuk berblog sebab pernah terlihat blog kakak saya. Tetapi walaupun blog ini dibuat pada 2009, saya memulakan blogging pada tahun 2011 sebab masatu baru betul betul ada minat. Post pertama saya adalah pada 21/10/2011 yang bertajuk Resepi Pau Sambal. Saya ingin memohon beribu kemaafan jika selama berblogging saya pernah terkasar bahasa atau menyakiti hati sesiapa. Maaf, saya tak sempurna.
Short Biodata :
My full name is Aqila Farah Binti Zulkifli .
Turn 13 years old on 29rd Aug 2013 and SPM Candicates 2017
Currently home at Selangor , Malaysia
Taken by : My future husband
Prefer listening to songs, blogging, and surfing Internet
I am the youngest from 5 siblings.
Blog | Facebook | Twitter
Fact about me :
Prefer to wear cardigans / inner
Much time surfing time with Facebook , Twitter and Blogging
Like to eat chocolate
My Idol : Allah, Rasulullah, and my Family
Rainbow + Pinkish + Purple
I HATE Anons, Haters, Copypig
Internet Connetion yang lembab <-- Damn
I don't Like It --> Blog yang kurang kemas
Bila kene bash dengan haters / anon . Just chill . Why ? Sbb Nabi Muhd yang tak pernah yang tak pernah melakukan dosa pada sesiapa tu pun dibenci oleh orang-2 kafir . Inikan pula kita sebagai manusia biasa . So bila dibenci just chill k :) Sbb takde sesiapa pun yg perfect kat dunia ni
|