Home About Tutorial Freebies Linkies Status


10 Budak Comel Datang Melawat



Template by: Aqila Farah Zulkifli
Re-Edit by: aqilaaa fawaaahh
Others Helping: Aina & Wana & Khairina
Best view in Google chrome only.



Anjing ? Jijik sangat ke ?
Post by Aqila Farah Binti Zulkifli on Friday, October 19, 2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera . Tadi kila pergi rumah najiha , then dalam perjalanan balik kila jumpa seorang makcik ni . Dia sanggup kejar seekor anjing yang kakinya mungkin patah untuk bagi makan? . Seriously , 12 tahun kila hidup ni pertama kali secara live kila nmpk org macam tu sebab selama ni bila sahaja disebut tentang anjing , pasti ramai yang akan merasa jijik . Apabila sahaja melihat anjing , ramai yang akan cuba menjauhinya . Ini kerana kita sejak awal telah diajar bahawa anjing adalah najis yang berat . Akan tetapi pada masa kini , wujud beberapa suasana di mana kita terpaksa berada “berhampiran” dengan anjing . Sebagai contoh , terdapat beberapa lapangan terbang antarabangsa yang menggunakan anjing untuk mengesan dadah pada penumpang dan bagasi mereka . Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kita kerana kesukaran untuk menyamak mana-mana bahagian yang telah disentuh oleh anjing tersebut .


Then makcik tu ade suruh kitorang tolong kejar anjing tu , tapi kitorang takut :3 Then jumpa budak-2 lelaki sekolah kitorang , kitorang suruhlah die tolong kejar anjing tu . woo , sampai kila balik pon anjing tu still lari tak dapat dikejar :( Makcik tu pon ada cakap "insyaallah kalau dorang bagi makan anjing tu , diorang dapat masuk syurga" . Bila makcik tu cakap macam tu , kila macam ... Ya Allah , tak sangka aku ada lagi manusia yang macam ni :'( Seriously rasa insaf gila .

Lepas tu bila kejadian tu , kila terus ingat tentang kisah ini :

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.[2]
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya.
Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya
untuk makan serangga di tanah.

Daripada hadis-hadis di atas, jelas bahawa sikap kita terhadap haiwan memiliki kedudukan yang penting di dalam agama sehingga melibatkan antara syurga dan neraka. Oleh itu hendaklah kita sentiasa memerhatikan sikap kita terhadap haiwan. Jangan dihadkan belai kasih kepada haiwan peliharaan sahaja tetapi hendaklah diluaskan kepada haiwan-haiwan yang lain. Sebagai contoh, jika di persekitaran rumah ada kucing yang menjadi pemeliharaan seseorang dan beberapa kucing lain yang berkeliaran, janganlah makanan disediakan untuk kucing yang dipelihara sahaja. Sediakan juga makanan kepada kucing-kucing yang lain.

Jujur ni , kila ni jenis yang tak berapa suka haiwan . Kucing kat rumah ni memang selalu kena buli atau dera lah ngan kila . Tapi kila dapat balasannya baliklah . Dia berak kat bilik kila , busuk wooo . Ya Allah , sumpah terasa insaf gila . Mulai harini mungkin kila akan cuba sedaya upaya untuk menjadi pencinta haiwan :) insyaallah

17 comment[s] | back to top