Home About Tutorial Freebies Linkies Status


10 Budak Comel Datang Melawat



Template by: Aqila Farah Zulkifli
Re-Edit by: aqilaaa fawaaahh
Others Helping: Aina & Wana & Khairina
Best view in Google chrome only.



Info : Islam ( 1 )
Post by Aqila Farah Binti Zulkifli on Monday, March 12, 2012
Eh, Saya ni bukan orang dakwah lha, pe ni? saya takde masa nak buat kerja-kerja dakwah ni. Lagipun, saya bukan tau nak berdakwah.. ilmu pun tak cukup. Dakwah ni kerja ustaz-ustaz, tok haji-tok haji yang duduk kat surau tu je. Saya langsung takde kaitan dengan dakwah ok? Selagi orang tak kacau hidup saya.. saya takkan kacau hidup orang lain. Lantak diorang la nak watpe pun, kubur kan lain-lain. Haishhh..
Okey , kebanyakan dialog diatas itu selalu kita dengar kann ? err , mcm nie lhaa . apa kata awak baca jea dulu apa yang nak disampaikan ini .
Dakwah nie apa benda ? Cuba explain sikit .

Dakwah tu berasal daripada perkataan Arab : دعا ، يدعو،دعوة yang bermaksud mengajak atau menyeru. Itu dari segi bahasa. Dari segi istilah pula ialah mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak pengertian dakwah sama ada dari segi bahasa mahupun istilah tapi saya ambil yang mudah je. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la cari buku yang bertajuk Metodologi Dakwah, Psikologi Dakwah dan sebagainya.

Saya tak pandai nak bagi ceramah , ilmu pon tk bnyk . Mcm mne ?

Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara dan ikut kemampuan masing-masing. Kalau awak pandai bercakap..gunakan kemahiran komunikasi awak untuk berceramah. Kalau pandai menulis..hasilkan idea-idea yang bagus untuk berdakwah. Tulis novel Islamik ke..berblogging ke. Kalau tak tau nak buat cara-cara macam yang saya sebutkan tadi, senang je..tunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain, ikut akhlak Rasululllah s.a.w. Cara yang ni lebih mudah untuk orang ikut, sebab kita berdakwah melalui perbuatan kita dan tak perlu banyak cakap. Kalau tak percaya, cuba la!

Tak ada sebab untuk kita tak berdakwah sekali pun kita tak banyak ilmu..kalau kita dah tau kita masih cetek ilmu agama, kita belajar la lagi. Cari buku-buku agama dan rajin bertanya kepada yang pakar dan cari kawan-kawan yang baik. Kita halang orang nak buat jahat pun dah dikira dapat pahala, kita ceritakan perkara kebaikan kepada orang lain pun dah dapat pahala. Mudah kan? Allah itu Maha Pemurah.

"Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kuasanya), jika dia tidak sanggup maka dengan lisannya (percakapan), dan jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya (membenci kemungkaran tersebut). Itu adalah selemah-lemah iman ."

(Hadith Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud & Tarmizi)

Tapi , kan dakwah nie kerja ustaz / ustazah jea ? biar lha diorang jea yg bwadd .

Ingat tak sebab apa manusia diciptakan di dunia ni? Sebab pertama ialah untuk beribadah kepada Allah dan sebab kedua ialah untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi ni. Apa maksud "khalifah"? Khalifah itu ialah pengganti. Maksudnya pengganti Allah di muka bumi untuk mentadbirkan alam semesta. Siapa pula manusia tu? Of course la saya dan awak semua! Apa pula tugas-tugas khalifah ye? Salah satunya ialah menyebarkan kebaikan (Islam) dan menyekat kemungkaran. Tiada pengkhususan dalam Al-Quran bahawa tugas khalifah itu hanyalah tugas orang tertentu sahaja. Sebenarnya asalkan seseorang itu mengaku bahawa dia merupakan muslim, maka dia akan ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) untuk berdakwah.

Saya busy , so takde masa nak berdakwah nie . Lagipun , dapat duit ke ?

Sebarkanlah kebaikan mengikut tahap kemampuan masing-masing dan sekatlah kemungkaran juga mengikut kemampuan diri. Buat mengikut kemampuan awak la kan. Memang tak dinafikan tugas sebagai pendakwah kurang mendapat ganjaran seperti wang dan pangkat serta kepopularitian. Memang kebiasaan orang yang menyebarkan dakwah ini akan dicemuh,dihina, dikeji dan sebagainya. Tapi, itu hanya pada pandangan manusia semata dan hanya di dunia. Di sisi Allah pula, ganjaran yang berlipat kali ganda..dan ia merupakan kerja yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. sebab bila kita berdakwah, maksunya kita meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ni.

Tak nak lha jadi pendakwah . Saya nak jadi doktor or kerja-2 yg lebih terjamin

Capai lah cita-cita awak, tiada siapa pun yang akan melarang. Betul la tindakan awak tu..nak jadi doktor, jurutera sebab kalau tak ada orang yang jadi doktor, siapa pula nak rawat pesakit? Nanti semua orang akan sakit kan? Jadi doktor tu kan Fardhu Kifayah. Cuma..kalau boleh, jadi la doktor yang beriman, jadi lah jurutera yang beriman, jadi lah apa pun..yang penting menjalankan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. 

Ala .. saya nie tak suka lha jaga tepi kain org . Biar lha diorang nk bwadd pape pon ...

Saya rasa awak elok baca artikel ni..>TEKAN< dan sebagai tambahan, sekiranya waktu awak nak masuk ke syurga Allah nanti, tiba-tiba ada yang menarik awak dan mempersalahkan awak atas sebab tidak menyebarkan kebaikan (Islam) sedangkan awak dah tau tentang nya. Macam mana? Apa alasan awak? 

Kubur kan lain-2 . So ?

Sebab kubur kita lain-lain la saya nak nasihatkan awak sekarang ni, sekarang kita belum masuk kubur lagi. Kita masih dapat berjumpa, dapat bertemu. Nanti bila dah berbeza alam..saya dah tak dapat nak nasihatkan awak. Nanti saya dah tak dapat nak tolong awak lagi sebab bila di alam barzakh ( alam kubur ), awak dah masuk ke alam yang seterusnya..saya pun dah tak dapat nak tolong awak. Saya nasihatkan ni pun sebab saya menjalankan tanggungjawab saya sesama Muslim dan saya sayangkan awak. :)

 "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
- Hassan Al Basri -


17 comment[s] | back to top